WUJUDKAN TABUNG SAMAH DISEMUA 43 PARLIMEN PAS MENANG
Bagi Ahli Parlimen yang sudah menang beberapa penggal, sudah tentu mereka siap siaga hadapi sebarang situasi menang tapi tidak menjadi kerajaan. Semua belanja adalah dari sumber sendiri untuk mengurus sebahagian rakyat di kawasan masing-masing.
Mereka sudah berpengalaman hadapi kesulitan menjadi seorang Ahli Parlimen tanpa peruntukan. Sebaliknya cabaran besar kepada mereka yang baharu menang kali pertama pada PRU-15 baru-baru ini. Dalam kegembiraan ada cabaran sukar yang mereka perlu tempuhi.
Dalam situasi ini, untuk mengisi kemenangan dalam tempoh lima tahun dari sekarang, sumber kewangan adalah satu faktor besar yang perlu ditangani sebaik mungkin. Berada di blok pembangkang perlu ada kaedah mengurus de gan cara tersendiri.
Kebajikan rakyat dan pengundi tidak kita menang atau kalah, kerajaan atau pembangkang, di sana semuanya memerlukan kewangan besar atau sedikit. Disinilah bermulanya cabaran besar.
Bukan semua rakyat atau pengundi faham situasi ini. Ahli Yang Berhormat pula tidak boleh mencari alasan itu alasan ini. Yang rakyat tahu ada sumbangan, ada kecaknaan dari YB mereka, kecil sedikit bukan ukuran tapi ada, itu yang penting.
Oleh itu tidak keterlaluan untuk saya nyatakan cadangan, jika ianya mampu dilakukan oleh kita semua untuk membantu YB-YB Parlimen kita yang menang baru-baru ini, yang menang pertama kali khasnya, semua kita khasnya ahli-ahli PAS di Kawasan tertentu.
Wujudkanlah 'tabung buluh samah' atau mudahnya tabungan setiap ahli menyimpan 50sen setiap hari dan setiap bulan dikumpulkan tabungan ini. Jika penabung istiqamah, ianya mampu menghasilkan RM15 setiap bulan.
Jika satu-satu cawangan mempunyai ahli yang aktif menabung sekitar 200 orang, ianya mampu menghasilkan RM3000 setiap bulan oleh cawangan. Kebanyakan satu Parlimen mempunyai 50 hingga 100 cawangan Pas. Sudah tentu akan terhasil satu angka tertentu antara RM150,000 hingga RM300,000 setiap parlimen, bergantung jumlah ahli dan cawangan.
Jika tabung ini berjalan, sedikit sebanyak dapat membantu sekurang-kurangnya aktiviti kebajikan masyarakat, selain sumber-sumber sumbangan derma lain. Lazimnya juga semua YB Parlimen PAS menggunakan sebahagian besar elaun YB mereka untuk parti dan rakyat. Jadi ianya mampu membantu jika tabung samah berjalan lancar.
Konsep tabungan kebajikan ini merupakan satu sedekah juga, bukan sahaja kita penyumbang bahkan penerima dari sumbangan ini nanti akan mendapat keberkatan dari Allah ta'ala. Kita mampu sebenarnya. Kita tidak perlu beralasan itu ini, tapi kita mulakan dengan jalan penyelesaian mengikut kadar tertentu. Kemenangan perlu diisi dan dipertahankan. Kita berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah.
● Naraza Muda | Isnin | 05 November 2022
No comments
Post a Comment