PUTRAJAYA - Menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin depan, satu upacara menandatangani perjanjian akan dimeterai esok.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perjanjian itu melibatkan semua parti politik yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH).
"Kesemua ketua parti sudah berbincang malah saya akan pulang (ke Sarawak) untuk adakan mesyuarat di peringkat Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Institut Peladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai manifesto dari parti manakah yang dipegang Kerajaan Perpaduan dalam menerajui Persekutuan, beliau berkata:
"Tak ada. Sekarang bukan berasaskan parti tetapi Kerajaan Perpaduan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, antara fokus yang menjadi keutamaan dalam perjanjian tersebut adalah berkaitan kos sara hidup.
"Mengenai lokasi perjanjian itu ditandatangani, saya tak tahu kena tanya Pejabat Perdana Menteri," katanya.
- Sinar........
Komen: .sign agreement dulu, sapa langgar agreement berdosa...
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment