BANGI, 21 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Utusan yang memetik sumber parti sebagai berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).
Difahamkan notis rasmi peletakan jawatan itu akan menyusul kemudian.
Ahad lalu, Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau mengambil keputusan untuk mengemukakan surat peletakan jawatan selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment