PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Menurut sumber parti itu, bekas Perdana Menteri berkenaan bagaimanapun kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).
Katanya, notis rasmi peletakan jawatan itu akan menyusul kemudian.
Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan. – UTUSAN
No comments
Post a Comment