PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa tuduhan Kerajaan yang dipimpin oleh PAS sebagai ‘Kerajaan Taliban’ oleh Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming semasa berkempen tempoh hari membuktikan parti rasis tersebut sebagai penyebar Islamophobia dalam negara.
Meskipun Saudara Nga Kor Ming sendiri tahu bahawa tuduhannya itu sekadar omongan kosong, namun ia tetap dipertahan sehingga menimbulkan ketakutan masyarakat bukan-Islam bukan sahaja terhadap PAS, bahkan kepada Islam secara umumnya.
Tambahan lagi, pemimpin DAP, Hew Kuan Yew atau dikenali sebagai ‘Superman Hew’ turut pernah menyampaikan ucapan berbaur hasutan dan menggambarkan salah faham terhadap Islam termasuk penghinaan terhadap masyarakat Melayu sendiri.
Mereka sengaja membutakan mata pentadbiran cemerlang dan penuh bersih PAS memimpin Kerajaan Kelantan, Terengganu dan mengetuai kerajaan Kedah. Tidak ada seorang pun masyarakat bukan-Islam dinafikan hak ataupun dihalang beramal dengan agama mereka.
Justifikasi ini sebahagiannya cukup untuk menjelaskan sikap rasis DAP sebagai penyebar Islamphobia dalam negara ini. Ironinya, banyak pihak masih sengaja buat-buat tidak nampak terhadap apa yang berlaku, berkemungkinan didorong oleh kepentingan tertentu.
Oleh itu, PAS Negeri Kedah berpandangan apa yang diungkapkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu mempunyai bukti yang kukuh dan bukan sekadar melempar batu sembunyi tangan. Bahkan sewajarnya pihak berkuasa menyiasat ucapan-ucapan pemimpin DAP sedemikian rupa yang boleh dikaitkan dengan Akta Hasutan.
Sekian, terima kasih.
DATO’ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
30 November 2022 / 5 Jamadil Awwal 1444 H – HARAKAHDAILY 30/11/2022
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment