Beliau dalam sidang akhbar di Hospital Selayang berkata, pihaknya bertindak pantas dengan menghantar seorang pakar, dua orang pegawai perubatan dan pegawai lain ke lokasi kejadian setelah menerima amaran pertama pada pukul 2.29 pagi.
“Kita juga ada buat koordinasi dengan hospital lain khususnya klinik-klinik berdekatan seperti Klinik Daerah Kalumpang, Serendah, Rasah dan juga Hospital Kuala Kubu Bharu.
“Selain itu, kita juga menghantar koordinasi kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Menurutnya, tiga mangsa yang berada dalam kategori zon merah terus dihantar ke Hospital Selayang.
“Salah seorang mangsa adalah wanita hamil. Mangsa telah dihantar kepada pakar Ginekologi dan telah disahkan stabil.
“Sementara itu, seorang mangsa mengalami kecederaan abdomen dan seorang lagi mangsa dipercayai mengalami kecederaan tulang belakang telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.
“Pecahan mangsa dihantar ke hospital sentiasa ada perubahan kerana mengikut jenis dan tahap kecederaan. Buat masa ini, mangsa yang telah dihantar ke hospital adalah seramai tujuh orang iaitu tiga di Hospital Selayang, seorang di Hospital Kuala Lumpur dan tiga di Hospital Kuala Kubu Bharu,” jelasnya.
Zaliha menjelaskan, sebahagian mangsa terkorban masih berada di tempat kejadian dan sebahagian lagi telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.-KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment