Bahagian Operasi HQ JBPM dalam kenyataan berkata, setakat pukul 6.18 petang, 12 mangsa dikhuatiri masih hilang.
Menurutnya, seramai 61 mangsa terselamat dalam kejadian tanah runtuh itu.
“Sehingga pukul 6.18 petang, seramai 61 orang mangsa selamat, 21 orang mangsa meninggal dunia dan 12 orang mangsa dikhuatiri masih hilang.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” kata kenyataan itu hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata,seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.
“Operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan,” katanya.
No comments
Post a Comment