NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan Shah Rukh Khan tunai umrah cetus kontroversi

JEDDAH: Bintang Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan yang pertama kali menunaikan umrah di Makkah pada tahun ini telah mencetuskan susulan pertikaian hangat netizen di media sosial.

Pelakon berusia 57 tahun itu dikesan menunaikan umrah semalam (1 Dis) selepas foto-fotonya menunaikan umrah dan solat di Makkah tular dalam Instagram,Team Shah Rukh Khan dan twitter @teamsrkfc, lapor opindia.

Wartawan yang berpangkalan di  Saudi, Said Hafiz turut menggunakan Twitternya untuk berkongsi imej pelakon Bollywood itu sedang menunaikan solat di Makkah. 

“Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan @iamsrk menunaikan umrah di #Makkah hari ini. Semoga Allah swt menerima umrahnya, Ameen”, tweetnya.

Shah Rukh dikatakan meluangkan masa menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, Dunki di Arab Saudi di bawah arahan sutradara, Rajkumar Hirani.

Kontroversi tercetus susulan beberapa netizen mempersoalkan kewajarannya dalam menunaikan umrah memandangkan beristerikan wanita Hindu dan menyimpan berhala (dewa Hindu) di kediamannya.

Shah Rukh mengahwini Gauri Khan pada 1991 yang membuat kenyataan kepada The Siasat Daily bertarikh 6 April 2022 bahawa ‘dia menghormati agama anutan Shah Rukh (Islam), namun tidak akan sesekali memeluk agama Islam’.

Sebilangan netizen beragama yang memberi respons terhadap tweet Hafiz menyelar tindakan Shah Rukh yang menyimpan berhala di kediamannya yang dianggap sebagai dosa terbesar dalam Islam.

“Tidak ada dosa yang lebih besar daripada syirik”, Tweet seorang pengguna Twitter.

Akaun Twitter bernama Riz berkata bahawa pendapatan Shah Rukh Khan hasil daripada karier lakonannya di Bollywood adalah haram. 

“Oleh kerana dia melakukan ‘Haraam’, umrahnya itu tidak akan diterima,” tweet Riz.

Seorang lagi pengguna twitter mempersoalkan fakta bahawa Shah Rukh telah berkahwin dengan seorang wanita Hindu (Gauri Khan) dan menyimpan berhala di rumahnya. 

“Hanya kerana dia (Gauri Khan)mempunyai nama Islam, itu tidak bermakna orang Islam perlu memilikinya,” kata pengguna Twitter itu.

Terdapat beratus-ratus komen di Instagram dan Twitter yang pada dasarnya mengatakan bahawa Shah Rukh Khan tidak cukup Islam untuk menunaikan umrah dan, memandangkan beliau berkahwin dengan seorang Hindu dan menyimpan berhala di rumahnya, maka Shah Rukh  adalah seorang pendosa dan umrahnya  diterima. – HARAKAH DAILY 2/12/2022


Komen: Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja

( Hide )
  1. Mudah²an sesudah dia dpt menatap Kaabah dgn matanya sendiri, menatap bangunan kiblat bg umat seluruh dunia, Allah berikn dia hidayah utk mbuang berhala di rumahnya & menatik isteri serta anak²nya kpd Islam. Dan dia tidak lg melakonkn watak² sbgai lelaki Hindu dlm filem² akn dtg

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo