NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga sekeluarga nyaris maut, rumah runtuh dibadai ribut

Maria Abdullah menunjukkan keadaan rumahnya yang runtuh akibat ribut petang semalam


DUNGUN: "Ribut itu menggegarkan rumah sehingga lantai bergoyang sebelum saya bersama anak dan adik bergegas keluar menyelamatkan diri," kata Maria Abdullah yang rumah papan keluarganya dekat Kampung Cacar Pantai Paka di sini, runtuh dibadai ribut, petang semalam.

Maria, 57, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia bersama anak perempuannya berusia 15 tahun dan adik lelakinya berusia 41, berada dalam rumah itu.

"Kebetulan ketika itu, suami saya, Ismail Md Jusoh, 61, tiada di rumah, hanya anak prempuan dan adik lelaki sedang membantu saya mengemaskan rumah.

"Tiba-tiba hujan lebat disusuli ribut yang menggegar rumah dengan kuat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Maria berkata, dalam keadaan cemas itu, dia mengajak anak dan adiknya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri, sebelum rumah itu runtuh. 

"Nasib baik kami cepat keluar kalau tidak sudah tentu kami bertiga akan dihempap runtuhan yang berlaku.

"Selama ini, kami sudah biasa dengan ribut yang melanda kerana rumah terletak berdekatan pantai, cuma pada kali ini ribut yang melanda sangat kuat," katanya.

Katanya, dia hanya mampu menangis melihat keadaan rumahnya yang runtuh dan musnah sama sekali dalam kejadian itu.

"Banyak juga barangan dan perabot rosak. Saya bersyukur ramai dalam kalangan penduduk datang membantu," katanya.

Maria berkata, berikutan kejadian itu, dia kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudaranya tetapi buntu memikirkan untuk membina semula rumah terbabit.

"Saya tidak punya pendapatan tetap, manakala suami juga sudah tidak dapat bekerja kuat kerana mempunyai masalah kesihatan buah pinggang sejak sekian lama," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Saiful Bahari Mamat, berkata pihaknya sudah mengarahkan pihak berkaitan supaya melakukan kerja membersih runtuhan terbabit termasuk menyalurkan bantuan lain kepada mangsa.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo