“Ketiga-tiga mereka terdiri daripada seorang Hakim dari Mahkamah Rayuan dan dua dari Mahkamah Tinggi. Nama yang disebut kini ialah Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,” lapor portal berkenaan.
Katanya, pelantikan tersebut akan dibuat tidak lama lagi berikutan Perdana Menteri perlu memfokuskan perkara-perkara yang lain.
Lapor portal itu lagi, Tan Sri Idrus Azizan Harun yang ketika ini menyandang jawatan Peguam Negara tidak mahu menamatkan baki kontraknya yang dijadualkan berakhir pada Mac tahun depan sekiranya beliau diganti.
Di bawah Perkara 145(1), Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara.
Untuk makluman, Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun pada 6 Mac lalu selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
........Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment