BANGI, 8 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan dilihat sebagai keputusan tidak tepat dan terkebelakang, sekali gus menyebabkan tiada lagi fungsi semak dan imbang.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri pernah menyuarakan pandangan tidak bersetuju pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.
“Rakyat Malaysia yang memahami tentang tadbir urus negara pun tentunya tidak bersetuju.
“Perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah mempunyai satu sistem tadbir urus yang mantap dan kukuh.
“Sistem ini akan dapat melindungi dan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhannya dengan cekap,” katanya dalam kenyataan,hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata, perkara sama telah disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini, yang memfailkan Rang Undang-undang Persendirian untuk menggubal satu akta menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.
Selain itu, Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan, di bawah Janji 12 dalam Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14 disebut bahawa ‘Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya Menteri Kewangan’.
Katanya, Perdana Menteri terakhir yang menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, malah Perdana Menteri selepas itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak memegang portfolio Menteri Kewangan.
“Ketiga-tiga Perdana Menteri ini juga tidak memegang sebarang portfolio menteri,” katanya.
Pada masa sama, beliau menyifatkan Anwar kini banyak mengetepikan prinsip dan struktur pentadbiran yang lebih sempurna dibentuk.
“Apa yang saya lihat pada masa ini, Perdana Menteri banyak bercakap tentang perkara yang terlalu kosmetik untuk menyedapkan telinga rakyat.
“Sebaliknya perkara prinsip dalam struktur pentadbiran yang elok dibentuk sebelum ini seperti Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan diketepikan,” katanya.
Justeru, beliau mempersoalkan di mana reformasi yang sentiasa dilaungkan sebelum ini atau sekadar slogan apabila menjadi pembangkang.
........
Komen: PH kaki kencing dan perompak wang rakyat dalam keadaan senyap
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment