NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

The Pocket Rocketman raih emas dan perak di Melbourne

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih mampu memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.

Pada perlumbaan di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Azizulhasni, yang telah menjalani pembedahan jantung pada April lalu, menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, di pentas final.

Terdahulu itu, Azizulhasni mencatatkan masa 9.766 saat pada pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin, pada perinkat separuh akhir.

Dalam catatan Instagramnya, katanya, beliau tidak menjangkakan persembahan yang baik dalam acara tersebut.

“Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan. Saya berasa baik pada pusingan akhir, hanya melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa,” katanya .

Selain itu, pelumba yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu juga berjaya meraih pingat perak dalam acara kegemarannya, keirin, perlumbaan 1 kelas UCI.

Dalam acara keirin itu, pelumba Kelab Berbasikal Port Adelaide, James Brister meraih emas manakala, tempat ketika dimenangi Daniel Barber dari Kelab Berbasikal Dubbo.-UTUSAN ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo