NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu lulus pindaan enakmen Jenayah Syariah Takzir


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang antara lain memasukkan Seksyen 3A melibatkan aktiviti perbomohan dan sihir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satiful Bahari Mamat berkata pindaan enakmen tersebut juga melibatkan Seksyen 33A (orang perempuan berlagak seperti lelaki); Seksyen 36A (persediaan melakukan liwat); dan Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah).

“Kita cuba memanfaatkan ruang yang ada dengan memaksimumkan hukuman berdasarkan Peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.

“Dengan adanya pindaan ini kita mengharapkan supaya kesejahteraan umat Islam khususnya di Terengganu lebih terjaga dan terpelihara,” katanya kepada pemberita selepas sesi persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu hari ini.

Satiful Bahari berkata mengenai kemasukan seksyen melibatkan perbomohan dan sihir, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk memantau perkara tersebut bagi memastikan masyarakat Islam di Terengganu tidak mendapatkan rawatan alternatif yang bercanggah hukum Islam dan hukuman dikenakan hanya melibatkan perawat, bukannya pesakit.

Bagi seksyen berkaitan orang perempuan berlagak seperti lelaki pula, katanya sebelum ini peruntukan undang-undang sedia ada hanya melibatkan lelaki menyerupai perempuan.

“Sebab dahulu mungkin tidak ada sangat isu ini (perempuan menyerupai lelaki), tetapi kita tengok sekarang kes ‘pengkid’ dan sebagainya semakin berleluasa jadi kerajaan negeri berhasrat untuk membendung isu ini,” katanya.

Selain kemasukan empat seksyen tersebut, katanya pindaan pada hari ini juga melibatkan 21 seksyen yang sedia ada dan akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

- Bernama



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo