Kerajaan Anwar-Kleptokrasi sepatutnya menguruskan masalah rakyat. Semak bagaimana telur disorok untuk dijadikan isu dan melambak selepas aje PRU. Tapi malangnya menteri-menteri Kerajaan Anwar-BN ini sibuk mencari kesalahan pembangkang.
KOTA BHARU - Beberapa pelanggan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat mengakui pernah terbeli telur ayam yang kurang segar di kedai-kedai runcit dan borong di dua daerah itu.
Seorang ibu tunggal, Rohana Idris, 42, berkata, dia pernah beberapa kali terbeli telur ayam rosak dari sebuah kedai borong di Tumpat.
“Ketika ingin masak, saya dapati telur yang dipecahkan berbau busuk dan apabila diperiksa rupanya ada beberapa biji lagi sudah rosak.
“Selepas itu, saya membeli sepapan lagi telur di premis yang sama pada hari lain dan mendapati kerosakan sama serta memaklumkan kepada peniaga tersebut namun tidak dapat ganti baharu,” katanya yang terpaksa membeli telur omega berharga RM23.50 sepapan.
Sementara itu, pemilik sebuah kopitiam, Juwaidah Mad Hid, 46, berkata, dia amat menitikberatkan kualiti telur yang dibeli untuk dijual kepada pelanggan di kedai makannya.
“Saya gunakan telur gred B berharga RM12.60 sepapan yang diperoleh daripada sebuah pembekal tetap di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.
“Kalau bekalan daripada pembekal tetap kami, telur yang dibeli tidak pernah rosak. Kalau beli tempat lain ada sekali dua pernah terkena telur rosak dan saya akan minta ganti tetapi peniaga memaklumkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Sementara itu di ALOR SETAR, seorang peniaga di Pasar Besar Alor Setar, Milatul Syamsul Mohd Fauzi, 36, memaklumkan pemeriksaan rapi ke atas setiap biji telur yang dihantar oleh pemborong membantu mengelak peruncit menjual telur yang rosak kepada pengguna.
“Tidak dinafikan memang ada telur yang rosak seperti retak dan pecah semasa pemeriksaan dibuat.
“Lori yang datang bawa telur itu kadangkala ada stok lama dan stok baharu,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, sebanyak tiga aduan diterima pihaknya membabitkan isu telur rosak di negeri ini iaitu di Alor Setar, Kubang Pasu dan Pendang sejak seminggu lalu.
“Ada juga pengguna yang beli satu papan dan semua 30 biji telur tidak dapat digunakan.
“Kita minta pihak berwajib untuk menyiasat pemborong, pembekal ataupun peruncit sama ada mereka telah menyimpan bekalan telur ini sehingga menyebabkan bekalan telur terjejas bukan sahaja di Kedah tetapi seluruh negara,” katanya.
Buat aduan
Di KUALA TERENGGANU, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia menyarankan pengguna membuat aduan rasmi sekiranya terbeli telur ayam yang sudah rosak.
“Laporan boleh dibuat kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri atau daerah yang berhampiran.
“Setiap aduan perlu disertakan dengan gambar atau video telur ayam yang rosak dan tercemar sebagai bukti bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil pihak berkenaan.
“Pengguna juga perlu simpan sampel makanan, kenal pasti nama dan lokasi premis bagi tujuan siasatan,” katanya yang memaklumkan bekalan telur ayam dalam pasaran Terengganu semakin stabil.
Beliau berkata, selain telur ayam rosak, pelanggan juga boleh membuat aduan sama sekiranya barang makanan dibeli kotor, tercemar, mengandungi benda asing, tarikh luput sudah tamat dan label makanan adalah palsu.
Masih kurang bekalan
Sementara itu di SABAK BERNAM, peniaga kedai runcit di daerah ini mengakui tidak menerima aduan telur ayam rosak, sebaliknya hanya mengalami kekurangan bekalan sejak enam bulan lalu.
Seorang peniaga kedai runcit di Sungai Besar, Mohd Anuar Mohd Meera, 39, berkata, bekalan telur diterima sememangnya terhad dan habis dibeli pelanggan dalam tempoh singkat.
Menurutnya, bekalan itu tidak sempat rosak kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
“Saya tidak terima aduan telur rosak kerana dalam tempoh tiga atau empat hari bekalan sampai, ia habis dibeli pengguna.
“Faktor telur rosak mungkin disimpan terlalu lama dan berlaku akibat lebihan berbanding permintaan,” katanya.
Peniaga di Kampung Simpang Lima, Nizam Mahidin, 42, berkata, bekalan telur ayam amat sukar diperoleh hingga dia terpaksa mendapatkan bekalan terus daripada pemborong di Sabak Bernam.
“Jika dahulu pemborong hantar ke kedai, tetapi sekarang saya kena terus ke tempat pemborong untuk mendapatkan bekalan telur ayam.
“Saya jual dalam 20 papan sahaja dan bekalan itu bertahan tidak sampai seminggu tetapi alhamdulillah tiada pula berlaku kes telur rosak dan sebagainya,” ujarnya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment