NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah runtuh laluan Seremban-Mantin, bomba saran guna LEKAS

Laluan berkenaan terpaksa ditutup sementara ketika ini bagi kerja pembersihan dan pengalihan pokok dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya. - Gambar/ Ihsan pembaca


SEREMBAN: Pengguna laluan Seremban-Mantin dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) susulan kejadian runtuhan tanah dan pokok tumbang di Jalan Batu 5, Bukit Mantin dekat sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Priscilla Carol Thomas berkata laluan berkenaan terpaksa ditutup sementara ketika ini bagi kerja pembersihan dan pengalihan pokok dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya.
"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.38 petang tadi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi dengan turut dibantu polis dan Jabatan Pertahanan Awam.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang lebih-lebih lagi jalan gelap dan musim hujan ketika ini," katanya kepada Bernama.
Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berwaspada dan berpindah ke kawasan selamat sekiranya kejadian sama berulang.

- BERNAMA 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo