GEORGETOWN: Harga beberapa jenis sayur-sayuran di negeri ini dikesan mengalami kenaikan 10 hingga 20 peratus berikutan musim hujan.
Tinjauan di Pasar Taman Tun Sardon dan Pasar Awam Bayan Baru, di sini, mendapati tomato dijual pada harga RM6 hingga RM9 sekilogram, bayam (RM7-RM10 sekilogram) dan timun mencecah RM5 sekilogram.
Seorang penjual sayur yang ingin dikenali sebagai Zura, 44, berkata tomato dijual pada harga RM7 sekilogram di premisnya pada minggu ini berbanding RM6 pada minggu lalu manakala harga bayam RM8 sekilogram iaitu naik RM1 berbanding minggu lalu.
"Pada musim hujan, sayur cepat rosak apabila basah dan menjadi rutin saya apabila sayur baru sampai saya akan asingkan dan dapati kira-kira lima peratus sudah berair dan terpaksa dibuang sebelum berniaga.
"Kami dapat bekalan pada harga agak mahal kerana kami pembeli peringkat ketiga. Misalnya, saya beli tomato pada harga RM6 sekilogram hari ini, jadi untung cuma RM1," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tinjauan mendapati sayur lain seperti kacang panjang dijual pada harga RM7 hingga RM11 sekilogram, bendi mencecah RM10, terung panjang dijual pada harga RM9 hingga RM14.
Sementara itu, seorang pelanggan, Rahmah Husin, 60, terkejut apabila dia membayar RM8 untuk seikat kecil bayam, enam batang bendi, sebiji tomato dan lima biji cili besar.
"Harga tomato sahaja kalau ditimbang sudah RM1 sebiji saya memang kira barang betul-betul untuk persediaan masakan mengikut bajet keluarga supaya tidak membazir," kata ibu kepada tiga anak dan dua cucu itu.
Peniaga ikan, Abdul Mutalib Abdul Wahab, 47, mengakui harga ikan tidak menentu dengan kembung mencecah RM14 dan ikan selar RM12 sekilogram berikutan bekalan ikan yang berkurangan pada musim tengkujuh ini.
Katanya, bagi mengatasi masalah bekalan dia mendapatkan hasil laut dari beberapa lokasi termasuk di Pantai Remis, Perak selain nelayan-nelayan pantai di sekitar Teluk Bahang, Teluk Kumbar dan Batu Maung dekat sini.
Katanya, hasil laut seperti ikan biji nangka dan bawal hitam mencecah RM26 sekilogram hari ini, selain cencaru RM11 sekilogram dan sotong RM26.
"Saya banyak jual ikan yang ditangkap segar selain ada juga ambil ikan sejuk beku tapi sekarang ada pembekal yang jual harga ikan jenis itu sama harga dengan ikan segar sebab kurang bekalan.
"Misalnya, kembung atau sardin sejuk beku dulu harganya cuma RM7 saja sekilo sekarang harganya tidak jauh beza seperti ikan segar iaitu sekitar RM10 hingga RM12," katanya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Disebabkan musim hujan. Hehe. Nak fitnah PH pulak.
ReplyDelete