NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sekarang ini menggunakan saluran guaman bagi melenyapkan semua kritikan terhadapnya, selepas menjadi Perdana Menteri.

Tatkala pemimpin rakyat bertungkus lumus membantu mangsa banjir, terutama di negeri Pantai Timur sekarang ini, Perdana Menteri baharu Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sibuk mengeluarkan saman sana sini.

Terbaharu, Anwar dilaporkan menyaman pula Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Perikatan Nasional-PAS), Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan kononnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung penerimaan gaji ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bertepatan dengan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa Anwar kini menggunakan saluran guaman bagi melenyapkan semua kritikan terhadapnya.

“Saya juga ambil perhatian bahawa Anwar telah mengugut tindakan sama terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim (ahli Parlimen Kuala Terengganu).

“Dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Bukan mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan,” kata Wan Saiful mengulas saman dibuat Anwar terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Bagaimanapun, Wan Saiful turut bertanya sama ada Anwar mahu menyaman bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Adam yang membuat kenyataan tidak enak terhadap kewibawaan Anwar dan mengaitkan Perdana Menteri dengan salah laku moral.

“Memandangkan terdapat banyak cerita yg tidak enak terhadap wibawa Anwar, contohnya oleh Lokman Nor Adam dan oleh Agensia Nova dari luar negara, seperti dibangkitkan Ketua Pembangkang, saya harap Anwar akan bertegas mengambil tindakan guaman serupa kepada yang lain-lain juga.

“Dengan berbuat demikian baru lah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” kata Wan Saiful yang turut meletakkan pautan ceramah Lokman Adam ketika PRU-15 lalu.

Menurut laporan Bernama malam ini, Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Ahmad Amzad atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu hari ini menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.

Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 3.59 petang tadi.

Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Dis lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Dis) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang “like”, 18 butang “favourite” dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo