NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suami beremosi simbah asid kerana isteri minta cerai

DINI cedera parah selepas disimbah asid oleh suaminya. - Whisnu Pradana/detik Jabar


JAKARTA – Pertengkaran membabitkan sepasang suami isteri di Bandung Barat, Indonesia berakhir dengan tragedi apabila wanita itu cedera parah akibat disimbah asid, lapor laman berita Kompas.

Daniel Satria Darma, 31, terlalu beremosi sehingga sanggup menyimbah asid pada isterinya, Dini Septi Widayanti, 37 di Kampung Kertamulya kelmarin. 

Akibatnya, Dini mengalami kecederaan parah di muka, dada, kedua-dua tangan dan sebahagian kakinya.

Mangsa kemudian dibawa menjalani rawatan di Hospital Al Ihsan, Bandung. Kejadian itu diceritakan mangsa kepada adik perempuannya, Dinda Novi Risnasari, 32, usai kejadian.

Keganasan dalam rumah tangga pasangan itu bermula apabila Daniel tidak menerima permintaan cerai daripada isterinya.

“Dia (Dini) pada awalnya meminta saya menghantarnya bertemu suaminya, tetapi saya sudah curiga. Saya sudah melarangnya bertemu,” kata Dinda semalam.

Dini akhirnya dihantar oleh anaknya untuk bertemu Daniel. Ketika hendak pulang, suaminya menelefon kerana mendakwa ingin memberikan wang untuk keperluan rumah.

“Kakak saya kata dia bagi duit, lepas jumpa terus disimbah (asid),” kata Dinda.

Daniel menyimbah asid yang dibawanya di dalam sebuah botol minuman. Oleh kerana tidak sempat mengelak, cecair itu terpercik ke badan dan muka mangsa.

“Dini menjerit kesakitan, manakala pakaiannya hancur dan badannya melecur,” tambah Dinda. – Agensi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo