Perkara itu disahkan hari ini oleh Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ketika ditanya mengenai kedudukan STAR dalam PN.
Ia berikutan pengumuman Jeffrey sebelum ini yang menyatakan sokongan terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun berkata, pengumuman rasmi berkaitan tindakan keluar PN itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Katanya, disebabkan STAR tidak lagi sehaluan dengan PN, tindakan keluar daripada gabungan itu adalah pilihan yang wajar.
"Ya, tunggu sajalah pengumuman. Sebab kalau kau (kamu) pergi sini, saya pergi sana, bererti kita tidak sehaluan," katanya, di sini, hari ini.
Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS), Timbang Menggaris ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan ke-38, di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau menyatakan keterbukaan STAR untuk menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar sejajar titah Yang di-Pertuan Agong.
STAR adalah antara parti komponen PN di Sabah, selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Parti Maju Sabah.
Kecuali PAS, parti komponen PN di Sabah turut bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Meskipun masih dalam PN, semua parti komponen gabungan itu di Sabah membuat keputusan menggunakan lambang GRS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bulan lalu.
STAR menyertai PN ketika perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada PN pada Februari 2020.
Sumber I Astro Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment