NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sri Lanka mansuh sekatan Covid untuk pelancong luar

Kementerian Kesihatan Sri Lanka turut memaklumkan keperluan mempamerkan sijil vaksinasi Covid-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara telah dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta. – Gambar AFP, 7 Disember, 2022.


KEMENTERIAN Kesihatan Sri Lanka pada Rabu mendedahkan bahawa sekatan Covid-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara telah dibatalkan.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keperluan mempamerkan sijil vaksinasi Covid-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara telah dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.

Selain itu, keputusan ujian negatif Covid-19 semasa ketibaan atau sebelum menaiki pesawat, termasuk tindak balas rantai polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas (RAT) tidak lagi diperlukan.

Jika warga asing atau pelancong didapati positif Covid-19 selepas mendarat di Sri Lanka, mereka harus mengasingkan diri selama tujuh hari di hospital swasta, hotel atau tempat tinggal mereka dan kos rawatan atau pengasingan perlu ditanggung sendiri, menurut kementerian itu. – Bernama, 7 Disember, 2022.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo