NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM akan jumpa pemimpin Amanah kutip bukti ‘RM600 bilion’


PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjumpa Pengarah Biro Mobilisasi Amanah Sany Hamzan dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan maklumat berkait dokumen dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Ia susulan kesediaan Ahli Parlimen Hulu Langat itu untuk mendedahkan bukti berkaitan sekiranya dipanggil SPRM susulan laporan polis dibuat Sany terhadap Muhyiddin pada 30 Nov.

“SPRM akan berjumpa dengan Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Sany Hamzan dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan maklumat termasuk dokumen berkaitan dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

“Ini berikutan dakwaan Sany bahawa beliau sedang mengumpul pelbagai bukti pelanggaran prosedur berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” menurut sumber yang dekat dengan perkara itu kepada FMT.

SPRM dalam laporan media pada Selasa, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ketirisan itu.

Pada Isnin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional bagaimanapun, menegaskan tidak takut untuk disiasat berhubung laporan polis dibuat terhadapnya.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo