KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat jadi kecoh selepas Shahidan Kassim (PN-Arau) mempertikaikan ucapan Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof kerana menyebut Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu ketika membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Fadillah dalam ucapannya berkata Ahli Parlimen Tambun itu harus diberi kepercayaan untuk menjadi perdana menteri kerana pelantikan beliau mendapat izin Agong dan raja-raja Melayu.
Shahidan bagaimanapun mendakwa Peraturan Majlis Mesyuarat 36(7) tidak membolehkan nama Agong, raja-raja Melayu, atau Yang di-Pertua Negeri digunakan bagi mempengaruhi majlis mesyuarat.
Speaker Johari Abdul bagaimanapun berkata Fadillah sekadar menyatakan fakta.
Kekecohan menyusuli celahan Sany Hamzan, yang berkata usul undi percaya itu dibentangkan kerana Anwar berani.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment