NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shafie mahu MA63 diatur secepat mungkin

PUTRAJAYA – Perjanjian 1963 (MA) perlu diatur secepat mungkin dan jangan membiarkan ia terlampau lama.

Itu gesaan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan, di sini, hari ini.

Gesaan itu selaras majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara gabungan politik bagi membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Shafie berkata, beliau mahu faktor kewangan tidak dijadikan alasan untuk memuktamadkan MA63.

Menurutnya, beliau sebaik mungkin mahu MA63 dilaksanakan secepat mungkin.

“Kami tahu dalam keadaan negara pada hari ini ia bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak harus dijadikan alasan.

“Kita tidak boleh pula menggunakan alasan sehingga tertangguh tahun ke tahun dan kalau itu menjadi alasan kemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita boleh berbelanja berbilion untuk perkara lain kenapa tidak boleh belanja pula untuk prasarana, sekolah air dan elektrik,” katanya.

Katanya, jika MA63 dapat direalisasikan kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak maka, inilah negara yang diidam-idamkan.

Mohd. Shafie berkata, pada pentadbiran terdahulu, ada perkara berkenaan MA63 sudah diselesaikan, namun ada beberapa perkara yang masih tertangguh.

“Saya berharap ia dapat diperhalusi segera kerana ia turut membabitkan kelulusan kerajaan pusat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo