NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya mengundi bukan demi saya, sebaliknya untuk masa depan anak cucu

KULIM – Meskipun terpaksa bergerak perlahan-lahan kerana tubuhnya yang membongkok, seorang warga emas, Rahmah Saad, 78, tetap menggagahkan diri untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong di sini hari ini.

Warga emas itu yang hadir dari Taman Desa Aman di sini malah tidak mahu menggunakan kerusi roda sebaliknya mengatur langkah menggunakan tongkat ke pusat saluran mengundi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Saya masih boleh berjalan, tak mahulah susahkan orang nak tolak gunakan kerusi roda. Walau dalam keadaan begini, saya tetap mahu mengundi bukan demi saya, sebaliknya untuk masa depan anak cucu.

“Ada dalam kalangan orang berusia yang saya kenali mengatakan yang kami ini dah tak perlu nak mengundi sebab dah tua dan hampir meninggal dunia.

“Tetapi bagi saya ini untuk kebaikan masa depan kita dan Alhamdulillah, anak-anak muda sekarang nampak bersemangat untuk mengundi,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas membuang undi di sekolah tersebut dengan ditemani anaknya, Nor Aishah Musa, 41, kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo