PUTRAJAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui bahawa negara sedang berdepan masalah ketiadaan telur di pasaran ketika ini.
Katanya, ketiadaan stok itu mencetuskan keresahan kepada rakyat selain merencatkan pertumbuhan ekonomi kerana banyak kegiatan perniagaan memerlukan bahan mentah itu.
“Saya sedar proses pengeluaran telur juga ambil masa enam bulan daripada seekor anak ayam sehingga bertelur berbanding tempoh ayam pedaging yang paling lama pun hanya 42 hari.
“Jadi, saya yakin kepakaran dalam negara yang melibatkan pelbagai agensi awam dan pemain industri tempatan berupaya mencipta inovasi bagi penyelesaian masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi ‘clock in’ di sini tadi.
Selepas mengadakan sesi sidang akhbar, Salahuddin seterusnya bergegas ‘turun padang’ bagi meninjau senario kekurangan bekalan telur di ibu negara.
“Insya-Allah saya memang akan pergi ke sana selepas ini untuk tengok sendiri keadaan isu telur ayam dan cuba dapat maklumat perkembangan sebenar apa berlaku dari lapangan,” katanya.
Terdahulu, beliau bertukar-tukar nota serah tugas dengan penyandang sebelumnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.
Isu telur ayam mula ‘panas’ diperkatakan masyarakat semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 apabila banyak kedai runcit dan pasar raya yang melaporkan kehabisan bekalan secara tiba-tiba.
Justeru, beliau memberi jaminan akan meneliti beberapa solusi dicadangkan termasuk isu harga, tempoh kawalan, kaedah subsidi, pengeksportan dan kos produksi terutamanya input ternakan.
“Saya hairan kerana Malaysia merupakan pengeluar telur ayam terbesar di rantau Asia Tenggara dengan sekitar 113 peratus lebih daripada keperluan sara dalam negara.
“Setakat ini, sebanyak 300 ladang ternakan ayam di seluruh negara berupaya dalam memenuhi keperluan permintaan 30 juta biji telur sehari sehingga ada lebihan boleh dieksport,” ujarnya.
-Kosmo Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment