KANGAR: Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis Rus’sele Eizan mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang baharu berkuat kuasa hari ini pada Persidangan Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15.
Usul melantik Rus’sele dikemukakan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan disokong oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Muhammad Azmir Azizan.
Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis turut mengangkat sumpah pada persidangan hari ini iaitu ADUN Titi Tinggi Izizam Ibrahim (Bersatu), Haziq Asyraf Dun (Pas-Beseri), Saad Seman (Pas-Chuping), Wan Badariah Wan Saad (Pas-Mata Ayer), Muhammad Azmir Azizan (Pas-Santan), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong).
Datin Marzita Mansor (Bersatu-Sena), Gan Ay Ling (PKR-Indera Kayangan), Abu Bakar Hamzah (Bersatu-Kuala Perlis), Asrul Aimran Abd Jalil (Pas-Kayang), Megat Hashirat Hassan (Bersatu-Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak(Bersatu-Tambung Tulang), Mohd Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji), Razali Saad (Pas-Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Pas-Sanglang).
Rus’sele, 65, berkata beliau berharap semua ADUN dapat memberikan pandangan bernas dan hujah yang berintergeriti sepanjang persidangan DUN selama empat hari bermula hari ini.
“Saya akan menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin atas kepercayaan yang telah diberikan bagi mengendali persidangan dewan.
“Diharapkan semua exco, ADUN dan ketua jabatan dapat bersama membangunkan negeri ini tanpa sebarang perbezaan pendapat demi merealisasikan harapan rakyat khususnya,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN dan satu sahaja kerusi Indera Kayangan dimenangi oleh PKR.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment