NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo cetus kontroversi lagi, enggan berlatih bersama pemain simpanan

DOHA: Cristiano Ronaldo sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tidak turun berlatih bersama pemain simpanan Portugal dalam sesi latihan hari ini.

Bekas penyerang Manchester United itu sebaliknya berkeras untuk menyertai pemain kesebelasan utama pasukan ketika menentang Switzerland bagi sesi latihan ringan di gimnasium.

Ronaldo, 37, digugurkan dalam skuad utama oleh pengendali Portugal, Fernando Santos semasa pasukannya menang 6-1 menentang Switzerland pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia.

Penggantinya, Goncalo Ramos, menjaringkan hatrik yang menakjubkan untuk membawa Portugal ke suku akhir Piala Dunia sekali gus membuktikan pemilihannya bagi menggantikan Ronaldo adalah tepat.

Santos sebelum ini mengakui, dia tidak gembira dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Ronaldo ketika dibawa keluar dalam aksi terakhir kumpulan menentang Korea Selatan, Jumaat lalu, di mana mereka tumpas 1-2.

Menurut laporan media Sepanyol, bekas penyerang Real Madrid itu terus mencetuskan kekecohan di Qatar kerana gagal hadir untuk latihan bersama pemain simpanan Portugal.

Sebaliknya, Ronaldo pergi untuk sesi latihan ringan di gimnasium bersama pemain kesebelasan utama walaupun dia bermain kurang daripada 20 minit menentang Switzerland selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Keputusan Santos untuk menggugurkan ikon Portugal itu menamatkan rentetan 31 perlawanan Ronaldo yang bermula dalam kesebelasan utama pada kejohanan besar.

Teman wanita Ronaldo, Georgina Rodriguez turut hadir untuk menyaksikan pertembungan antara Portugal menentang Switzerland dan dia juga marah dengan ketiaaan Ronaldo sepanjang 74 minit aksi perlawanan.

Selepas perlawanan itu, Rodriguez menggunakan media sosial untuk melepaskan kekecewaannya. -AGENSI

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo