NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi diarah fail pernyataan pembelaan saman fitnah Tuan Ibrahim


Mahkamah Tinggi diKuala Lumpur  mengarahkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjawab saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadapnya, selewat-lewatnya 28 Dis ini.

Tuan Ibrahim selaku plaintif memfailkan saman pada 17 Nov lepas terhadap Rafizi berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah mengenai kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.

Peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Tuan Ibrahim berkata mahkamah juga mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan sebelum atau pada 11 Jan tahun depan.

“Sekiranya terdapat permohonan interlokutori, kedua-dua pihak perlu memfailkannya sebelum pengurusan kes pada 25 Jan 2023,” kata ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Idamasliza Maarof secara dalam talian hari ini.

Dalam saman itu, Tuan Ibrahim mendakwa Timbalan Presiden PKR itu mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dan kenyataan itu turut disiarkan secara langsung di YouTube defendan (Mohd Rafizi) pada 7 dan 9 Nov lepas.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud dalam tempoh kerajaan sementara, terdapat rundingan, perbincangan dan usaha melibatkan plaintif giat dijalankan bagi meluluskan projek bernilai RM2 bilion kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan, ejen atau pembantunya menyiarkan dan menerbitkan apa-apa kenyataan serta video serupa secara langsung atau tidak langsung selain menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan.

- Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo