NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi beri dalil baru mewajarkan Anwar pegang jawatan Menteri Kewangan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru dilantik Rafizi Ramli berkata keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil portfolio kewangan sesuai diambil memandangkan situasi “luar biasa” politik ketika ini.

Rafizi, dalam sidang media pertamanya selepas dilantik menjadi menteri pagi ini berkata langkah itu adalah untuk tidak menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

Kata timbalan presiden PKR itu, sekiranya portfolio kewangan diberikan kepada salah seorang pemimpin dalam parti lain, ia boleh menimbulkan ancaman kepada mereka dan menimbulkan masalah dalam pentadbiran semasa.

“Pada pandangan saya, itu satu keputusan yang sangat sukar telah diambil kerana bila kita ada gabungan-gabungan yang masing-masing bentuk kerajaan, dah tentu setiap komponen (parti) mahu jawatan menteri kewangan itu berada di pihak mereka.

“Contoh ada orang dari PH jadi menteri kewangan pun akan jadi masalah kepada BN. Kalau dari BN, ada masalah pada PH.

“Oleh kerana situasi luar biasa ketika ini, maka keptusuan itu bagi saya sesuai buat masa sekarang, iatu senang, perdana menteri jadi menteri kewangan supaya tak timbul isu dengan gabungan berbeza (dalam kerajaan),” katanya di Menara Prisma di Putrajaya hari ini.

Pelantikan Anwar sebagai menteri kewangan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Sebelum Anwar, Najib Razak adalah perdana menteri terakhir yang secara serentak memegang jawatan menteri kewangan.

Pendahulu Najib, Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mahathir Mohamad juga memegang kedua-dua jawatan semasa pentadbiran mereka.

Rafizi sendiri berulang kali mengkritik perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan.

Rafizi hari ini berkata pendiriannya tidak berubah, namun mengulangi bahawa situasi "luar biasa" membolehkan perkara itu berlaku kerana tiada satu gabungan atau parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Kita memerlukan kepimpinan ekonomi yang kukuh, untuk menjadi teras kepada kerajaan.

“Saya harap kita bergerak ke hadapan dan meletakkan segala-galanya pada tempatnya. Keadaan sekarang adalah pengecualian dan bukan norma,” katanya.

Bentang belanjawan

Dalam perkembangan berasingan, Rafizi mendedahkan kerajaan dijangka membentangkan semula belanjawan negara dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang.

Dia mendedahkan bahawa belanjawan mini akan dibentangkan dalam sidang parlimen selama dua hari pada 19 dan 20 Disember.

“Kerajaan akan membentangkan bajet emolumen pada persidangan akan datang, dan kemudian bajet penuh akan dibentangkan mungkin dalam masa satu hingga dua bulan selepas itu.

“Kami telah menelitinya, tetapi hanya pada peringkat makro, jadi terlalu awal untuk (mengatakannya) sekarang. Tetapi kami akan meneliti proses itu kerana kerajaan akan memberi bajet emolumen pada persidangan akan datang, manakala bajet penuh akan dibentangkan dalam masa satu atau dua bulan,” katanya.

Mengenai keutamaan sebagai menteri hal ehwal ekonomi, Rafizi berkata Unit Perancang Ekonomi bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan negara.

Beliau menekankan bahawa banyak tumpuan juga akan diberikan kepada negeri-negeri dengan bilangan penduduk miskin yang tinggi, dan kepada kumpulan yang paling terdedah dari segi ekonomi dalam masyarakat.

“Tumpuan yang kukuh juga akan diberikan kepada Matlamat Pembangunan Mampan, teknologi dan ekonomi pengetahuan.

“Melihat kepada apa rancangan itu, saya tahu bahawa penjawat awam cuba sedaya upaya dan telah meliputi semua bidang yang diperlukan. Apa yang perlu kita pastikan ialah terdapat perpaduan yang kukuh daripada pucuk pimpinan kerajaan sehingga ke bawah.

“Ini bagi memastikan semua rancangan dilaksanakan dengan sewajarnya, dan mesej kami disampaikan dengan baik. Kemudian, saya fikir kita boleh mempunyai momentum untuk memastikan negara dapat memberi tumpuan kepada pembinaan ekonomi,” katanya.

........
Komen: ..Betullah kata netizen, Rafizi ni macam mengkarung, sama-sama kita lihat sejauh mana pendedahan rafizi selama ini diangkat kemuka pengadilan ......


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo