Kita semak dan imbang kekuatan gabungan parti-parti politik yang membentuk kerajaan selepas PRU14 dan PRU15. Sebarang kemungkinan tidak boleh dinafikan akan kemampuan mempertahankan kerajaan yang terpaksa dibentuk selepas keputusan PRU-15.
Jika PRU-14, Pakatan Harapan berjaya mendapat majoriti mudah 113 kerusi untuk membentuk kerajaan hasil dari gabungan dan kesepakatan beberapa parti berbeza aliran yang menghasilkan kemenangan dengan meletakan Tun Dr. Mahathir sebagai 'poster boy'
Mereka terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara telah mengalahkan Barisan Nasional yang hanya memperolehi 79 kerusi sahaja berbanding 133 PRU-13 dan buat pertama kali dalam sejarah menyasikan Barisan Nasional kalah di peringkat persekutuan.
Menariknya Pakatan Harapan sebelum ini dibentuk sebelum pilihanraya dan bergabung untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Dua figura negarawan waktu itu yang pernah menjadi pemimpin besar negara dan Barisan Nasional telah bergabung membentuk Parti Pribumi atau PPBM.
Gabungan Mahathir dan Muhyiddin antara faktor besar gelombang kejatuhan Barisan Nasional. Dap dan Amanah melengkapkan gabungan ini menjadi kuat dan gah melawan Barisan Nasional waktu itu dan kemampuan DAP menganti MCA sangat membantu mencipta penolakan masyarakat cina di kawasan bandar.
Namun angkara keangkuhan DAP mencampuri urusan orang melayu dan agama Islam, ditambah dengan desakan kumpulan penyokong Anwar Ibrahim mendesak Tun Dr. Mahathir menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar telah menyebabkan pakatan dan gabungan ini pecah dan hancur.
Selain kerajaan jatuh dan mampu mencipta sejarah 22 bulan sahaja, kesannya juga menyasikan wujud parti-parti pecahan baharu seperti Pejuang dan Muda. Mahathir membawa haluan sendiri, Muhyiddin kekal membawa lari Bersatu dan ada lagi beberapa tokoh atau bekas menteri menubuhkan parti masing-masing.
PAS berperanan mengepalai penyatuan Ummah ketika Pakatan Harapan kucar kacir diambang perpecahan. Menjadi orang tengah menyatukan kumpulan-kumpulan orang melayu yang berpecah tapi masih ada kebersamaan bangsa dan agama pada parti-parti ini. Terbentuklah Muafakat Nasional atau kerjasama Umno dan PAS.
Dalam waktu sama PAS membina jambatan dengan kumpulan pecahan dari Pakatan Harapan setelah berjaya menarik Bersatu dan beberapa tokoh PKR yang keluar atau dipecat atas nama Perikatan Nasional. Maka gelombang penyatuan ummah menjadi besar dan mampu mengambil alih kerajaan tanpa piliharaya umum dan telah menamatkan isu dominasi ahli parlimen bukan Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Umno kembali menjadi kerajaan, PAS mencipta sejarah alaf baharu setelah berpuluh-puluh tahun kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Kerajaan yang tertubuh ini tiada ikatan gabungan atau nama, hanyalah pembentukan dari ikatan Ahli-ahli Parlimen dari perbagai parti terutama melayu Islam.
Rakyat dan ahli politik mengelarkan kerajaan ini kerajaan Perikatan Nasional oleh kerana ianya dipimpin Perdana Menteri dari gabungan yang telah dibentuk bersama PAS dinamakan Perikatan Nasional. Umno tidak mahu mengiktiraf gabungan Perikatan Nasional kerana sentimen permusuhan dengan Muhyiddin. Mereka mahu hubungan Umno dan PAS sahaja. Selepas 17 bulan berlaku gerakan menjatuhkan Perdana Menteri oleh Umno dan diketuai Zahid Hamidi.
Dalam tempoh penggal parlimen ke-14 masih berbaki, politik Malaysia menyasikan perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 dari Umno dan yang ke-3 penggal parlimen ke-14, namun tidak lama, hanya 14 bulan selepas itu Datuk Seri Ismail Sabri telah mendapat desakan dari Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk segera dibubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU ke-15 diadakan.
Tempoh penggal parlimen ke-14 yang masih berbaki tidak sampai setahun sebelum berakhir, Ismail Saberi terpaksa mendapatkan perkenan YDPA untuk pembubaran penggal ke-14 dan negara menyaksikan PRU-14 diadakan segera ketika negara berhadapan dengan musim monsun dan telah mendapat bantahan dari semua parti-parti utama lain.
Setelah keputusan PRU-15 diperolehi, sebagaimana diramalkan banyak pihak, menyaksikan tiada parti mendapat majoriti mudah. Umno mencipta rekod terburuk mereka dengan hanya 26 kerusi atau 30 kerusi atas nama Barisan Nasional. Mereka hadapi Piliharaya ke-15 tanpa gabungan dan kekal dengan Barisan Nasional hadapi lawan Pakatan Harapan dan PAS dengan sendiri.
PAS membentuk gabungan bersama Bersatu dan beberapa parti lain atas nama Perikatan Nasional, menyasikan PN menang 73 kerusi, dan Pakatan Harapan 82 kerusi. Dengan keputusan ini, PH dan PN cuba mencari rakan-rakan gabungan untuk membentuk kerajaan.
Akhirnya setelah negara menyasikan kerajaan gagal dibentuk selepas hari pengundian, Anwar Ibrahim melalui Pakatan Harapan berjaya menyepakati kerjasama bersama Barisan Nasional. Zahid dilihat individu tersepit, terpaksa menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 kerana kes-kes yang dihadapinya.
Setelah melepasi angka 112 kerusi yang dibawa Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan, walaupun nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional dipertikaikan oleh ahli parlimen mereka sendiri, pihak istana telah menamatkan krisis kegagalan menubuhakan kerajaan dengan menerima senarai atau SD dari Anwar Ibrahim.
Setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 penggal ke-15 pada 24 November 2022, senarai pembentukan kabinet masih belum terlaksana. Kemungkinan kesukaran kata sepakat dari kalangan parti-parti yang menyokong Anwar telah menyebabkan negara sekali lagi menyasikan negara tanpa Menteri selepas hampir dua minggu PRU.
Isu pokoknya ialah, mampukah kerajaan yang dibentuk ini bertahan? Kerana ianya terbentuk atau 'terpaksa' dibentuk untuk mengelak dari krisis pembentukan kerajaan berlanjutan sehingga mengundang kesan buruk kepada negara jika ianya tidak ditamatkan segera.
Umum melihat kerapuhan gabungan dan sokongan terhadap Anwar kali ini jika dibandingan ketika Tun Mahathir memimpin Pakatan Harapan dahulu agak ketara dan membimbangkan. Permusuhan tidak mudah hilang atau diselesaikan dengan mudah.
Rakyat melihat gelagak-gelagak ahli politik ketika berkempen, ada yang bersumpah dengan nama Allah berjanji itu ini, tapi dilanggarnya terang-terangan, sumpah seranah Anwar sendiri terhadap penyamun, penyangak harta negara yang jelas dan nyata dihalakan kepada pemimpin umno sebelum ini.
Tapi mereka terpaksa dan keterpaksaan menjalinkan ikatan untuk masing-masing memiliki kedudukan dalam kerajaan. Kerajaan yang dibentuk terdiri daripada musuh-musuh tradisi yang mustahil boleh dicuci dengan kerjasama tanpa ikatan dan persefahaman yang konkrit atau dipasak kukuh dengan titik persamaan perjuangan mereka.
Pakatan Harapan sebelum ini boleh hancur walaupun bersama-sama berkempen, sehati sejiwa membulatkan tekad untuk melawan penyangak, perasuah besar negara, mana mungkin Pakatan Harapan Barisan Nasional kali ini mampu bertolak ansur untuk harungi tempoh lima tahun mendatang.
Kita semua sedia maklum siapa Umno, siapa DAP dan siapa Anwar Ibrahim dalam sejarah politik tanahair. Sengketa yang berpanjangan, permusuhan berlarutan, Anwar keluar masuk penjara kerana kesalahan moralnya.
Bekas Presiden Umno Najib Razak yang sedang merengkuk dalam penjara kerana isu rasuah yang dicetuskan oleh antara parti-parti lawan ini. Zahid juga tidak terkecuali dan inilah modal kempen DAP melawan BN.
Kebimbangan dan persoalan perkara diatas bukan hadir dari andaian-andaian , persepsi semata-mata, namun mengambil kira situasi realiti nyata apa yang sudah dan sedang berlaku dengan adengan bercanggahan satu sama lain setiap hari sebelum kabinet negara pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi realiti.
● Naraza Muda | Khamis | 01 Disember 2022
No comments
Post a Comment