NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Portugal dapat khabar positif menjelang aksi bertemu Switzerland

Pemain Portugal, Otavio Monteiro (kanan) dan Raphael Guerreiro menghadiri sesi latihan pasukan di Al Shahaniya, Qatar, semalam. - Foto EPA.


AL-SHEHANIYA, Qatar: Jurulatih Portugal, Fernando Santos mendapat khabar positif selepas pemain tengahnya, Otavio Monteiro bakal cergas dan sedia untuk diturunkan bagi aksi pusingan 16 terbaik berdepan Switzerland.

Selepas terpaksa diketepikan dalam dua aksi terakhir susulan kecederaan paha, pemain tengah itu kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan pada Ahad lalu.

Pertahanan tengah, Danilo Pereira yang patah tulang rusuk pada minggu lalu sembuh dengan baik dan mampu beraksi jika Portugal mara lebih jauh.

Penggantinya dalam dua aksi terakhir ini adalah pertahanan veteran berusia 39 tahun, Pepe yang dijangka terus dikekalkan dan perlu mengekang penyerang Switzerland, Breel Embolo yang sudahpun meledak dua gol setakat ini.

Pepe akan bergandingan bersama pertahanan Manchester City, Ruben Dias yang direhatkan pada aksi terakhir ketika mereka tewas 2-1 di tangan Korea Selatan.

Santos terpaksa membuat perubahan di bahagian bek kiri apabila Nuno Mendes terpaksa diketepikan susulan kecederaan ketika berdepan Uruguay.

Santos menukar Joao Cancelo di bahagian kiri sementara Diogo Dalot di bahagian bek kanan dan jurulatih itu dijangka mengekalkan formasi sama untuk berdepan Switzerland.

Kapten, Cristiano Ronaldo akan meneruskan misi untuk menyamai pencapaian rekod jaringan terbanyak oleh pemain Portugal di Piala Dunia yang ketika ini dipegang Eusebio dengan sembilan gol.

Switzerland pula turut memiliki seorang lagi penyerang yang cuba meletakkan namanya dalam buku rekod.

Jaringan Xherdan Shaqiri ketika menentang Serbia pada aksi peringkat kumpulan menyaksikan dia berjaya meledak gol dalam saingan Piala Dunia lebih banyak berbanding pemain Switzerland lain selepas turut meledak jaringan pada 2014 dan 2018.

Dia kini ketinggalan satu jaringan di belakang penjaring terbanyak Switzerland di Piala Dunia, Sepp Huegi yang mencatat enam gol.

- REUTERS




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo