NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perpecahan Pas, UMNO tidak pernah menguntungkan umat Islam - Nik Abduh

KOTA BHARU: Perpecahan Pas dan UMNO tidak pernah menguntungkan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, apabila umat saling beradu kekuatan, hasilnya adalah luka dan kemenangan buat orang lain.

“Apabila luka, kita berang. Apabila berang, kita hilang jalan. Apabila menang, kita ketawa. Tetapi ‘World Cup’, orang lain yang dakap.

“Apabila kita memaksa penyatuan, mereka akan berpecah daripada kita. Apabila kita memaksa perpecahan, mereka akan bersatu melawan kita. Paksaan tidak pernah membuahkan kesatuan,” katanya menerusi satu hantar dilaman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Anak kepada bekas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kesatuan umat hanya berlaku apabila kumpulan yang merasa gagah atau benar memilih untuk beralah.

Katanya, pasukan yang memilih untuk beralah adalah pemenang di sisi Allah.

“Apabila ada pemenang di sisi-Nya, Dia akan anugerahkan sebuah kesatuan umat yang diimpikan. Kesatuan adalah kunci yang hilang.

“Tanpanya umat meraba-meraba mencari kejayaan dan kemenangan. Saya sering mengusulkan fiqh perpaduan untuk diperhalusi sebaiknya. Fiqh perang sudah kita dakap. Kita sudah pakar,” ujarnya. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo