Lebih malang, sepakan Busquets turut dinafikan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, malah tiga cubaan juara Piala Dunia edisi 2010 gagal merobek gawang lawan.
“Malang sungguh nasib kami. Penentuan keputusan melalui penalti sangat kejam. Kami sedar perlawanan ini mencabar. Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk mengalahkan mereka (Maghribi). Kami kucar-kacirkan pertahanan mereka dan mencari ruang untuk menjaringkan gol tetapi kami tidak bernasib baik,” katanya.
Pada Kejohanan Euro 2020, Sepanyol turut disingkirkan Itali menerusi sepakan penalti.
Bagaimanapun, menurut Busquets, 34, kekalahan itu tidak melemahkan semangatnya atau mendorong untuk bersara daripada tugasan antarabangsa.
“Yang penting ialah masa depan pasukan kebangsaan dan bukan saya. Saya tahu perlawanan semalam sangat sukar sehingga menyebabkan kami dipaksa bekerja keras.
Namun, ia satu pengalaman yang berharga terutama kepada pemain-pemain muda dalam skuad ini,” kata pemain Barcelona itu. – AFP
No comments
Post a Comment