NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemotongan gaji adalah tidak kekal


SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Ujar beliau, dakwaan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan itu adalah tidak benar.

“Ada yang menyindir kononnya saya tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri tapi akan ambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Salah. Faktanya, skim gaji ini satu saja.

“Maknanya saya tidak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sekali gus,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi pada Isnin.

Pada 24 November, Anwar dalam sidang medianya sebagai Perdana Menteri, mengulangi sekali lagi pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan berkenaan.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulih keyakinan rakyat terhadap pimpinannya.

Pada Isnin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan bahawa kesemua menteri kabinet bersetuju untuk melakukan potongan gaji sehingga 20 peratus.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas kabinet yang berlangsung pada pagi Isnin.

Menurutnya, pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas ekonomi kembali pulih.


Sumber | Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo