SHAH ALAM : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada beberapa pimpinan dan ahli di Kedah yang bertindak keluar daripada parti itu berikutan pemecatan pengerusinya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, perkara tersebut merupakan hal yang biasa bagi mana-mana parti.
Bagaimanapun katanya, segala jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka akan tetap dikenang dan dihargainya.
“Walaupun menghadapi pelbagai ujian dan rintangan, Amanah akan tetap bergerak ke hadapan selaras dengan cita-cita yang tergaris dalam perlembagaannya.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) umpamanya, pernah tinggal hanya satu kerusi sahaja selepas pilihan raya umum 2004. Terlalu ramai yang meninggalkan parti itu, termasuk pemimpin-pemimpinnya di pelbagai peringkat.
“Namun, perjuangan tetap diteruskan oleh mereka yang setia dan hari ini presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohamad Sabu yakin dengan kesetiaan ahli sedia ada di negeri itu kini dapat membawa masa hadapan lebih baik kepada parti berkenaan.
“Saya yakin dan percaya rakan-rakan di dalam Amanah Kedah yang terus setia dengan perjuangan ini akan membawa parti kita ke aras yang lebih tinggi lagi,” ulas beliau.
Pada hari yang sama, Phahrolrazi memaklumkan lebih 200 ahli parti itu di Kedah bertindak keluar daripadanya.
Tambah beliau, kesemua ahli yang mengambil keputusan tersebut adalah kumpulan yang terawal menubuhkan Amanah di Kedah. - Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment