NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PASTI memupuk budaya extremist dan benci kaum serta agama lain?

PASTI memupuk budaya extremist dan benci kaum serta agama lain?

Budak PASTI dipupuk untuk sertai PAS bila besar nanti?

Ini adalah fitnah terbesar yang aku pernah dengar. Siapa pun yang mulakan fitnah ini, perlu bertanggungjawab. Kemukakan permohonan maaf dan jernihkan semula isu ini.

Jika tidak, harap PASTI saman seberatnya individu dan pihak terbabit.

Aku ni ayah anak 5. 3 anak-anak aku semua ikuti pra sekolah di PASTI seawal usia 4 tahun.

Arshad Arumi - 4 & 5 tahun di PASTI
Asyraff Arumi - 4 & 5 tahun di PASTI
Amar Ash Arumi - 4, 5 & 6 tahun di PASTI

Belum pernah sekali anak-anak pulang dari sekolah cerita kena sokong PAS.

Belum pernah sekali anak-anak pulang dari sekolah cerita pasal Tuan Guru Haji Hadi.

Belum pernah sekali anak-anak pulang dari sekolah cerita suruh benci DAP.

Belum pernah walau sekali anak-anak pulang dari sekolah suruh benci orang kafir.

Anak-anak pulang dari sekolah cerita,

"Ayah. Ayah tahu tak, dulukan, Bilal bin Rabah kena seksa teruk. Dia sebut Ahad, Ahad, Ahad".

"Ibu. Tadi kat sekolah ustazah ajar doa naik kenderaan. Lepas ni kalau nak ke mana-mana kena baca doa tau. Baru Allah jaga keselamatan kita".

"Ayah, Asyraff dah hafal hadis yang ustazah suruh hafal".

"Ibu. Ustazah suruh hafal surah Al Mulk. Surah ni jaga kita dalam kubur tau bu".

Itu yang anak-anak bawa pulang dari PASTI. Bukan mereka diajar untuk sokong dan undi PAS.

Bukan mereka diajar supaya benci orang kafir.

Bukan mereka diajar untuk jadi extremist.

Mereka diajar dan diasuh dengan sirah nabi saw, dengan doa, dengan hadis, dengan ayat Quran agar menjadi Muslim yang beriman.

Dan Muslim yang beriman takkan extreme dalam tindak tanduk. Mereka menyukai dan meraikan semua kaum dan agama.

Mereka memaparkan akhlak yang terpuji.

Dan itulah didikan di PASTI.

@The Arumi's 
#MFS
- Bangga hantar anak ke PASTI -

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo