NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS mahu penjelasan jaringan keselamatan beras negara


PAS Kedah menuntut kerajaan menjelaskan sama ada terdapat “jaring keselamatan” jika monopoli import beras oleh Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) dipecahkan.

“Bagaimana kesan dan impak kepada pengusaha beras tempatan yang terpaksa bersaing disebabkan harga beras import yang lebih murah? 

“Apakah ada safety net (jaring keselamatan) terhadap perkara tersebut?” soal Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya.

Bagaimanapun tidak jelas pihak mana yang dimaksudkan sebagai “pengusaha tempatan” itu.

Ahmad Yahaya

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Ahmad juga berkata kerajaan perlu menyediakan justifikasi dan langkah susulan yang kukuh terhadap tindakan tersebut.

Perdana menteri Anwar Ibrahim pada 5 Disember ‘menegur’ Bernas dalam isu monopoli import beras, menyebabkan syarikat itu bersetuju memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah miskin pada bulan ini dan RM50 juta mulai tahun depan.

Anwar menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan pembolotan kekayaan ahli politik dan kalangan yang dekat dengan mereka dengan "menghisap darah pesawah padi yang miskin".

Idea penamatan monopoli itu bagaimanapun bukan perkara baru. Ia pernah diusahakan ketika pentadbiran kali pertama Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Pada 6 Jun 2018, menteri pertanian ketika itu Salahuddin Ayub berkata kabinet bersetuju untuk menamatkan monopoli Bernas bagi menurunkan dan menstabilkan harga beras serta memperkenalkan model baru.

Kira-kira seminggu selepas itu, Bernas menyatakan kesediaan bekerjasama untuk mencari kaedah terbaik dalam mengendalikan sektor pengeluaran beras negara jika monopoli Bernas dikurangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernas Ismail Mohamed Yusof bagaimanapun berkata sistem sedia ada mencapai matlamat kerana sejak penubuhan Bernas tidak timbul isu mampu diri selain harga beras negara antara yang terendah di rantau ini.

Isu itu bagaimanapun tenggelam selepas kerajaan PH tumbang tidak sampai dua tahun memerintah akibat penjajaran semula parti-parti politik tanah air melalui “Langkah Sheraton”.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo