NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nur Jazlan Mohamed cakap merapu lagi


UMNO akan ditalkinkan atau dikuburkan lebih awal sekiranya parti itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika Umno bergabung dengan PN belum tentu parti itu mendapat kemenangan 30 kerusi.

Ini kerana, menurutnya, PAS dan Bersatu pasti mahu bolot kerusi Melayu dan selamat untuk pastikan calon mereka menang, sedangkan Umno pula bakal terlepas banyak kerusi tradisi parti sejak tahun 1957.

“Daripada 165 kerusi (tolak kerusi di Sarawak dan Sabah) jika dibahagi kepada Barisan Nasional (BN), PAS dan Bersatu/Gerakan, mungkin Umno cuma dapat bertanding kurang 50 kerusi selepas ditolak kuota untuk MCA dan MIC.

“PAS pastinya tetap tidak mahu mengalah untuk menuntut kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Manakala Bersatu pula ada kemungkinan untuk minta kerusi di Perak, Negeri Sembilan dan sebahagian Selangor,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Nur Jazlan berkata, kerusi-kerusi yang dituntut adalah kerusi majoriti Melayu yang sememangnya menjadi rebutan tiga parti Melayu utama dalam PN.

Beliau mendakwa, Bersatu dan PAS telah menonjol sikap sebenar ketika bersama-sama Umno dalam kerajaan apabila membolot kementerian penting untuk parti masing-masing.

Dakwanya, keadaan akan bertambah parah sekiranya Umno bersetuju mendirikan Kerajaan Perpaduan bersama Bersatu dan PAS selepas PRU15.

Katanya, kedua-dua parti tersebut sudah pasti mahu menjadi jaguh kerana memiliki kerusi yang lebih banyak berbanding Umno.

“Saya kenal sangat dengan perangai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang masing-masing mahu jadi abang besar dalam pakatan dan Umno akan jadi mangsa buli mereka.

“Pengalaman dalam kerajaan PN sudah cukup mengajar Umno untuk tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali,” katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata keputusan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Kerajaan Perpaduan adalah sangat tepat.

“Kita boleh lihat bagaimana PKR dan DAP boleh berunding dan bertolak ansur proses pembentukan kerajaan serta Kabinet.

“DAP berlapang dada untuk tidak menuntut kuota Kabinet yang lebih biarpun mereka ada ramai wakil dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk barisan menteri dan timbalan menteri,” katanya. – Malaysiapost


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo