NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Niaga hadapan MSM teruskan kerugian untuk ditutup rendah



KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) meneruskan kerugian semalam untuk ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh permintaan yang dijangka lebih rendah, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Bernama bahawa niaga hadapan sawit turut menjejaki kerugian di pasaran minyak kacang soya Lembaga Dagangan Chicago (CBOT).

“Kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 di China mungkin menyekat permintaan untuk komoditi itu. Kami mengesan paras sokongan pada RM3,800 setan dan paras rintangan pada RM4,200 setan,” kata Ng.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2023 jatuh RM61 kepada RM3,802 setan, Februari 2023 susut RM66 kepada RM3,820 setan, Mac 2023 berkurangan RM68 kepada RM3,830 setan dan April 2023 menguncup RM61 kepada RM3,833 setan.

Kontrak Mei 2023 susut RM54 kepada RM3,830 setan dan Jun 2023 jatuh RM57 kepada RM3,815 setan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 62,801 lot daripada 45,818 lot pada Khamis manakala. kepentingan terbuka berkurangan kepada 207,324 kontrak daripada 208,492 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan berada pada RM3,900 setan.

-- BERNAMA 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo