NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin jawab Anwar - Kita jumpa di mahkamah


Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, bekas perdana menteri itu memaklumkan dia telah menerima writ dan pernyataan tuntutan dari peguam Anwar.

"Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang," katanya.

Semalam, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan ia menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Terdahulu, pada 7 Disember, dia mengeluarkan surat tuntutan kepada Muhyiddin yang memberi tempoh tiga hari kepada presiden Bersatu itu untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung dakwaan di media sosial dan menarik balik video TikTok berkenaan dakwaan itu, serta membuat aku janji bertulis untuk tidak lagi mengulanginya.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman tersebut, Anwar selaku plaintif mendakwa bahawa sehari selepas surat saman dikeluarkan, keseluruhan ucapan Muhyiddin dalam ceramah itu diterbitkan selanjutnya di bawah akaun Facebook Muhyiddin.

Dia meyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya, serta dibuat dengan niat jahat.

"Kenyataan fitnah ini dirancang terlebih dulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi dan perwatakan saya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakter saya yang juga penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.

"Muhyiddin keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik (kenyataan) yang sama, tetapi terus menerbitkan perkataan fitnah itu dengan sengaja dan tidak memadamkannya sehingga kini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pampasan dan ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.

Pada 7 Disember lalu, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan Muhyiddin dan menegaskan Anwar hanya menerima bayaran simbolik RM1 sebulan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo