NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Monopoli BERNAS oleh Usahawan Melayu TS Syed Mokhtar - Satu Perspektif yang berbeza


Tular berita Anwar mengecam monopoli sykt PADI dan Beras Negara yg dimiliki usahawan Melayu , Syed Mokhtar Al Bukhairi diportal2 berita dan Sosmed. Anwar menganggap BERNAS menghisap darah petani dan mengambil untung yg sangat besar.

Saya melihat isu ini dari perspektif yg berbeza. Pada 1997 Anwar turut terlibat meluluskan proses pengswastaan LPN, menjadi BERNAS. Pada Ogos 1997, BERNAS di IPO kan ( masa itu tak tahu lah kroni sapa dpt banyak pink form) . Sykt asing , Cina Hongkong Wang Tak Co Ltd melalui Bursa Saham telah berjaya memiliki saham 31% BERNAS dan antara pemilik terbesar dalam syarikat Beras Nasional tersebut.

Bayangkan tuan2 sykt beras Nasional, untuk food security, untuk menstabil makan ruji negara, memikul dasar makanan negara turut dimiliki orang asing. Besar pula saham mereka.

Syed Mokhtar, melalui syarikat nya Tradewinds, mengambil alih 53.7% equiti BERNAS. Kemudian, melalui sykt2 berkepentingan nya,  mengambil alih BERNAS dari pemilikan asing dan lain2 pemegang membawa kpd Tradewinds memiliki 72.57% dlm BERNAS. Selebihnya  dimiliki ajensi2 Kjaan yg berkepentingan.

Sekitar hampir RM1.0b billion dibelanjakan untuk membiayai mengambil alih saham saham tersebut, dibiayai melalui pinjaman Bank. Beliau telah mengambil risiko besar untuk menjadikan BERNAS kembali milik Melayu.  Besar jasa Syed Mokhtar kpd negara.

Untuk memastikan BERNAS yg diswastakan oleh Anwar itu kekal menjadi milik Melayu, Syed Mokhtar delistingkan BERNAS. Ia menjadi milik Melayu bersama ajensi2 berkaitan Kjaan yg berkepentingan. Tiada lagi BERNAS dimiliki orang asing.

Jasa Syed Mokhtar mengambil semula BERNAS tidak dihargai. Beliau mengambil risiko meminjam berbillion untuk mengembalikan semula BERNAS menjadi milik rakyat negara ini, milik Melayu dari tangan rakyat asing.

Sebaliknya, Anwar menyatakan ketidak setujuan nya BERNAS  dimonopoli oleh orang Melayu. Orang Melayu yg berjaya menguruskan BERNAS dgn baik. Org Melayu yg membantu meningkatkan equiti atau pemilikan orang Melayu dalam ekonomi yg
tidak sampai 20%.

Anwar tidak melihat kpd aspek tersebut. Ia melihat kpd orang Melayu untung besar. DAP apa lagi menyalak lah bila melihat orang Melayu sendiri menyalak kpd bangsa nya.

Adakah selepas LPN diswastakan , kemudian di IPO dan sykt Beras dan PADI Negara dimiliki syarikat Cina asing luar negara , Anwar berbuat sesuatu mengenai nya? Adakah Anwar bising mengenainya? Atau hanya bising bila ia diambil alih dan dimiliki orang Melayu?.

Adakah Anwar membantu Syed Mokhtar untuk menguasai semula BERNAS? Memikul hutang sekitar RM1.0b? Mungkin elok Syed Mokhtar jual semula saham2 BERNAS kpd sykt Cina Hongkong tersebut baru lah tidak lagi dimonopoli oleh orang2 Melayu. Ini hanya sinikal sahaja.

Adakah begitu yg dikehendaki? Isu pemilikan BERNAS oleh Syed Mokhtar tidak boleh melihat kpd aspek untung semata2.

Ia perlu dilihat kpd ,

i. orang2 Melayu yang berjaya dlm perniagaan

ii. menguasai sykt BERAS Nasional semula dari tangan orang asing ,

iii. jasa kpd negara menyelamatkan BERNAS dimiliki org asing Hongkong dgn mengambil alih dari mereka dan

iv. sumbangan Syed Mokhtar kpd pemilikan equiti Melayu dlm ekonomi yg masih tidak mencapai sasaan DEB dulu , 30%!.

Seharus sebagai pemimpin Melayu seorang PM dan Menteri Kewangan perlu melihat perkara ini dari segi kepentingan Melayu dan pemilikan equiti Melayu dlm ekonomi yg masih tidak mencapai sasaran.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Kupasan terbaik. Anuar ni mcm
    Musang berbulu Ayam kot? DAP dh mula meresap dlm jiwa nya....Cakap tak selupa binkin

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo