NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Johor muat naik status pelik UMNO-DAP buat ramai penasaran


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menimbulkan persoalan sama ada UMNO Johor sanggup bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH), terutama DAP, untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Pertanyaan itu timbul selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Zahid Hamidi bersama pimpinan gabungan itu mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, di ibu negara, pagi tadi.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik lambang baharu UMNO sekiranya BN menjalin kerjasama dengan DAP.

Lambang itu menunjukkan bulatan, tetapi roket DAP digantikan dengan lambang keris yang sinonim dengan logo UMNO.

“Saya dimaklumkan malam ini ada mesyuarat MT. Saya nak tanya orang UMNO Johor, sanggupkah kita bersekongkol dengan PH-DAP?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar Presiden untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera.

Katanya Zahid kini, jika betul sebagaimana yang dilaporkan media, sedang sibuk berunding dengan PH dan DAP.

“Beliau (Zahid) yang telah mengetuai kita (UMNO) semua ke medan perang dan disebabkan imejnya antara punca kekalahan teruk BN, tidak sepatutnya mewakili parti untuk berunding dengan mana-mana pihak,” katanya.

Onn Hafiz berkata untuk pengetahuan umum, presiden parti UMNO dan BN tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan:-

1) Majlis Kerja Tertinggi UMNO
2) Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN)

Oleh itu, katanya sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden parti tanpa proses ini adalah dikira tidak sah dari segi perlembagaan parti.

“Keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Dato Seri Anwar dan DAP. Marilah kita terus bermaruah dan berprinsip walaupun diuji dengan kekalahan. InsyaAllah ada hikmahnya,” katanya. AD


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo