BAITULMAQDIS, 07 Disember 2022 – “Masjid Al-Aqsa tidak akan pernah menjadi milik sesiapa kecuali umat Islam,” tegas Timbalan Ketua Pergerakan Islam di tanah pendudukan Israel, Sheikh Kamal Al-Khatib kelmarin.
Menurut media antarabangsa, Sheikh Kamal menekankan bahawa konspirasi berbahaya terhadap Masjidil Aqsa dan Tembok Al-Buraq memerlukan semua rakyat Palestin bersatu dan memastikan hak mereka ke atas tapak suci ini tidak terlepas.
Beliau turut menyeru rakyat Palestin memperbanyak lagi kehadiran mereka di dalam kawasan masjid, yang merupakan tanah suci umat Islam yang ketiga selepas Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah.
Seruan sedemikian dibuat selepas peneroka rejim haram aparteid Israel menyerbu Masjidil Aqsa setiap hari, disokong oleh kerajaan mereka dan dilindungi oleh pasukan pendudukan bersenjata lengkap.
Dalam pada itu, pihak pendudukan Israel juga kerap mengusir aktivis dan warga Palestin dari tapak suci umat Islam serta melarang mereka memasukinya selama berminggu-minggu untuk melancarkan rancangan Judaization (pengyahudian) mereka.
Sebelum ini, samudera.my melaporkan mengenai jangkaan intifadah baharu yang mungkin tercetus di Palestin akibat peningkatan kekejaman tentera pendudukan terhadap rakyat negara itu.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment