NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia dan Arab Saudi tandatangan kerjasama bidang penerangan

Pada 18 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Arab Saudi tandatangani satu persetujuan bersama untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penerangan terutamanya pertukaran rancangan radio dan televisyen bagi menegakkan syiar Islam.

Serentak dengan itu, kedua-dua negara juga bersetuju mengadakan rancangan pertukaran kakitangan radio dan televisyen serta para wartawan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Disember 1972 – Soviet Union telah memberi sokongannya kepada tuntutan Malaysia dan Indonesia ke atas Selat Melaka, kata Menteri Perhubungan Indonesia, Frans Seda.
  • 18 Disember 1982 – Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman hari ini memuji Dasar Pandang Ke Timur kerajaan sekarang supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum mencontohi orang-orang Jepun dan Thai yang terkenal dengan budi bahasa yang baik.
  • 18 Disember 1983 – Pelari jarak jauh, Said Aouita dari Maghribi telah dinamakan sebagai ‘Olahragawan Terbaik Afrika 1983’.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo