'Bayangan' aksi dari Myanmar seakan berulang sekalipun lapan pertukaran yang dilakukan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon bagi aksi malam ini.
Ini kerana skuad kebangsaan bermula agak perlahan apabila perlu mengambil sedikit masa untuk mendapat rentak sekalipun menguasai sebahagian besar babak pertama.
Percubaan sulung hadir menerusi gerakan solo Faisal Halim pada minit ketujuh disusuli percubaan Safawi Rasid pada minit ke-22 namun belum cukup menggugat Keo Oudone Souvannasangso di gawang lawan.
Pertahanan kental Laos akhirnya 'bocor' pada minit ke-28 menerusi gerakan sebelah sayap kiri apabila hantaran Nor Hakim Hassan disudahkan Sergio Aguero dari jarak dekat.
Malaysia terus 'menghujani' Laos dengan beberapa percubaan dan gawang lawan sekali lagi nyaris dibolosi dengan gol sendiri namun ketangkasan Souvannasangso memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment