NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Macam orang giler bergilir-gilir pemimpin PH+BN serang MB Terengganu



Mula-mula pemimpin BN Lokman Adam yang kata Anwar Ibrahim liwat. Anwar pula memang tak ada telur tak saman pun Lokman. Dia hanya nak saman pemimpin PN untuk tunjuk imej bersih dan maybel saman ini boleh dimainkan semasa PRN 6 negeri ini. Ini modal nak kencing rakyat sebab rakyat mungkin berfikir kalau saman mesti betul.

Menurut Lokman, Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Dis dan hanya dijangka pulang esok (22 Dis).

“Amat menyedihkan. Kami semak tadi (malam tadi) sama ada, ada pertukaran jadual penerbangan... 22 Dis nanti baru dia balik.

"Jadual penerbangan (untuk Ahmad Samsuri) tidak ada perubahan.

"Maknanya, bulan madu dengan isteri dia itu lebih penting daripada (penderitaan rakyat) ... kamu faham-faham sajalah. Ini amat menyedihkan,” kata Lokman.

Rakyat Terengganu tak layan pun pasal rakyat Terengganu dah tahu mereka pergi untuk majlis Konvokesyen anaknya. Yang bodoh aje layan Lokman. Yang lagi bodoh Malaysiakini siar berita rubbish ini kononnya nak masuk saham sekali burukan PN.

Nak Malukan MB Terengganu Anwar ada pilihan



Kalau PH nak malukan MB Terengganu Anwar boleh aje melawat banjir di Terengganu. Pasti MB tak sambut Anwar pasal MB Terengganu tak ada... Semua orang tahu MB tak ada... tak payahlah tulis hilang di Malaysiakini??

Tapi Anwar ada sikit cerdik, dia tahu MB ada urusan keluarga. Semua orang tahu hantar nak ambil sijil peperiksaan sekolah pun pengawai kerajaan boleh keluar sebentar. Yang bodoh aje jadikan isu.

Pemimpin Koyak dengan isu rasuah pun mengulas juga


Veteran Umno, Shahrir Samad secara sinis menyindir pemimpin PAS yang sentiasa "suci" meskipun Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar bercuti di luar negara ketika Terengganu dilanda banjir besar.

Kata Sharir pemimpin PAS menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada musim banjir namun boleh pula pemimpin mereka bercuti ketika rakyat berdepan musibah.

"Orang sana (PAS) sentiasa suci dan bersih"

Ini satu lagi bangang, dia ingat Majlis Kovokesyen Universiti di Auckland, New Zealand kena lihat ramalan cuaca Malaysia (baca Terengganu) banjir atau tak?

Bila koyak, tak isu nak buat isu akhir nampaklah bodohnya. UMNO memang bodoh selama-lamanya. Apatak perompak jadi pemimpin.

Pensyarah Kangkung pun masuk ulas sekali.


Mohon maaf segera kepada rakyat Terengganu dan tingkatkan bantuan bencana banjir, gesa penganalisis politik kepada Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar yang dikritik kerana berada di luar negara ketika rakyatnya berdepan musibah.

“Sepatutnya menteri besar dari awal tidak merancang cutinya pada Disember,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid di Universiti Sains Malaysia

“…dan bila keadaan makin serius, harapan rakyat supaya dia memendekkan cutinya untuk pulang (tetapi ia tidak berlaku).”

Pensyarah ni cakap agama pandai tapi bodoh nak faham apa yang dia sendiri syarahkan.

Engkau patutnya selidik dulu maklumat tu sebelum nak ulas, nak menempel, nak tunjuk hebat dengan Anwar Ibrahim pun...

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Dalam ayat itu, penggunaan perkataan fatabayyanu bererti maka periksalah dengan teliti menunjukkan betapa pentingnya menapis sumber berita sebelum ia disebarkan.

Amalan tabayyun (menyelidik terlebih dahulu) itu amat dituntut syarak bagi memastikan setiap maklumat yang disebar tepat, diperoleh daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.

Sebagai orang beriman, kita harus berhati-hati dalam tutur kata serta penulisan yang boleh mengundang implikasi negatif kepada orang lain.

Jangan jadi pensyarah kangkung... ulas perkara yang tak diketahui maklumat sebenar.

Pemimpin Amanah yang memang apa PAS buat semua tak betul, sebab dia maybe sakit 'jiwa'


Pengerusi PH Terengganu mendakwa, penyokong PAS yang mengundi memilih calon parti itu dalam sesebuah pilihan raya adalah ibarat memberikan "lesen besar" kepada mereka untuk bertindak bebas.

Kata Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, teguran, berhujah dan bermuhasabah seakan-akan tiada dalam amalan hubungan di antara ahli dan pemimpin PAS.

Sedangkan, katanya, Rasulullah yang menggerakkan amalan politik secara Islam sangat mementingkan amalan tersebut.

Saya malas nak ulas tulisan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, pasal dia ni orang cerdik tapi bila menulis dia macam bodoh, bila kita baca sah memang tulisan yang bodoh, emosi dan rubbish.

Isu yang patut mereka ulas ialah PM10 mereka yang bercakap berbohong di Parlimen. Menipu angka projek kononnya lebih murah, menipu pasal pembelian kereta PM, penipuan pasal pengampunan. Tapi malangnya semua pemimpin mereka tunduk akur kerana 'telur' mereka tersempit dengan MOU.

Percaya atau tak isu ini akan dimainkan oleh pimpin PH+BN sehingga PRN 6 negeri. Kenapa? Kerana mereka tak ada isu nak kencing rakyat lagi


NASIR RAMLEE

- menulis secara spontan tanpa edit.
















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo