NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Letih, tak cukup tidur, komander operasi penyelamat tanah runtuh kena strok

Norazam Khamis mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh di Batang Kali yang kini meragut nyawa 24 orang. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis dikejarkan ke Hospital Selayang petang tadi akibat minor strok yang berpunca kerana kepenatan dan kurang tidur.

Norazam bekerja tanpa henti sejak tiga hari lalu di kawasan tanah runtuh di Batang Kali, kata seorang jurucakap jabatan bomba dan penyelamat.

“Beliau mengalami sakit kepala dan segera dibawa ke hospital pada jam 6 petang tadi.

“Doktor berkata beliau mengalami strok akibat kepenatan dan kurang tidur,” katanya.

Katanya, Norazam diletakkan di bawah pengawasan doktor untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Beliau sedar dan keadaannya kini terkawal, kata jurucakap itu.

Norazam mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh di Batang Kali yang kini meragut nyawa 24 orang yang berkhemah di lokasi itu.

Seramai 61 mangsa berjaya diselamatkan manakala sembilan lagi masih hilang.

Norazam sering dilihat dalam sidang media harian bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Suffian Abdullah untuk memberi perkembangan terbaru operasi berkenaan.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo