NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki kerat mayat teman wanita 35 bahagian


NEW DELHI:
Polis India menahan seorang lelaki dipercayai membunuh dan mengerat teman wanitanya sehingga 35 bahagian.

Menurut media tempatan, Aftab Ameen Poonawalla mengerat tangan teman wanitanya, Shraddha Walkar selepas mencekiknya.

Suspek mengaku melakukan pembunuhan itu dengan memberitahu dia membuang senjata digunakan untuk mengerat badan Walkar.

Setakat ini, polis menemui enam bilah pisau dan semuanya telah dihantar ke Makmal Sains Forensik untuk memastikan sama ada salah satu senjata itu digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Kes pembunuhan Walkar berjaya dibongkar selepas polis New Delhi menahan Poonawalla kerana didakwa membunuh dan mengerat seorang wanita.

Mayat Poonawalla dikerat 35 bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di New Delhi.

Media tempatan menyatakan suspek menyimpan bahagian badan dalam peti sejuk selama tiga minggu sebelum membuangnya.

Setakat ini polis telah menemui 13 bahagian, namun tengkorak mangsa belum ditemui. -Sinar Harian/Agensi



........
Komen: Mona fendi kerat 18, itu ahli politik. Baharu sekarang aku jelas kenapa mona fendi bunuh dan kerat ahli politik UMNO


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo