NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Legenda Bola sepak negara : Salahuddin tidak pernah menyusahkan orang

PETALING JAYA: Legenda bola sepak negara, Salahuddin Che Ros disifatkan sebagai seorang yang pemurah, tidak pernah menyusahkan sesiapa sepanjang hayatnya sehinggalah menghembuskan nafas ter­akhir ­akibat sakit jantung kelmarin.

Rakan rapatnya yang juga bekas pemain Perak dalam Piala Presiden 1992, Ahmad Radzi Abdul Hamid berkata, sikap beliau yang tidak pernah menyusahkan orang akan diingati meskipun bekas pemain kebangsaan itu sendiri pernah hidup sebagai gelandangan.

“Arwah ni seorang lelaki yang tidak pernah merokok, tak ­pernah buat perkara keji, tak pernah meminta-minta walaupun susah.

“Yang paling saya terkesan, dalam kesusahan pun, dia masih membantu orang-orang miskin. Salahuddin Che Ros memiliki kebaikan yang susah ditemui pada kebanyakan orang.

“Saya kenal dia sejak 1992 namun kami terputus hubungan selepas beberapa tahun. Saya dapat hubungi dia semula semasa isu arwah jadi gelanda­ngan beberapa tahun lalu.

“Dari situ, saya bertanya kepada rakan untuk mendapatkan nombor telefonnya dan sejak itu, kami kembali rapat sampailah sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui di majlis pengebumian Salahuddin di Tanah Perkuburan USJ22, ­Subang Jaya semalam.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Siti Rodiyah Che Ros berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya bulan lalu di Pulau Pinang.

Ketika itu, Presiden Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed datang melawat arwah di rumah kakaknya untuk memberi bantuan mesin khas bagi merawat sakit jantun.

“Pada masa itu arwah datang seminggu di rumah saya dan sebelum balik semula ke Kuala Lumpur, dia bawa mesin itu pulang ke sana. Itulah kali terakhir saya berjumpanya dan hari ini dia sudah meninggal,” katanya.

The post Salahuddin tidak pernah menyusahkan orang appeared first on Utusan Malaysia.

Visit website

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo