PETALING JAYA: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menolak cadangan Pakatan Harapan (PH) yang mahu melantik lebih banyak banyak syarikat pengimport beras untuk memecahkan monopoli Bernas.
Pengerusinya, Mohd Fuad Yaacob yang menyifatkan langkah itu sebagai tidak tepat berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lebih banyak lambakan beras import dan tidak menjamin tanggungjawab sosial terhadap petani.
“Syarikat-syarikat ini, sepertimana Bernas masih lagi terikat dengan konflik kepentingan antara keuntungan mengimport beras asing dengan lebih banyak.
“(Selain itu ia) membangunkan tanaman padi tempatan dan meningkatkan permintaan beras tempatan dengan mengurangkan import,” katanya dalam kenyataan.
Kerajaan PH pada 2018 berusaha menamatkan monopoli import beras Bernas berdasarkan janji yang terkandung dalam manifesto mereka.
Salahuddin Ayub yang juga menteri pertanian dan industri asas tani ketika itu, berkata kerajaan turut mengkaji untuk membuka monopoli Bernas sebanyak 30% kepada pemain industri padi dan beras yang lain pada tahun depan sebelum konsesi syarikat itu tamat sepenuhnya pada 2021.
Bagaimanapun pada Dis 2020, kerajaan Perikatan Nasional bersetuju untuk melanjutkan konsesi Bernas untuk tempoh 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.
Tindakan kerajaan ketika itu berdasarkan pengalaman 24 tahun yang dimiliki oleh Bernas dilihat mampu membantu memastikan kestabilan bekalan makanan ruji rakyat Malaysia itu untuk jangka panjang.
Sementara itu, Fuad mengulangi pendirian Pesawah untuk menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai badan yang mengawal selia industri itu di negara ini.
“Beras yang diimport LPN bolehlah dibekalkan kepada syarikat-syarikat tempatan secara adil.
“Lebih penting lagi, LPN tidak ada masalah untuk mengurangkan import beras bagi meningkatkan permintaan beras tempatan,” katanya.
Pada 6 Dis lalu Perdana Menteri Anwar Ibrahim “menegur” pemilik Bernas – hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary – berhubung monopoli import beras oleh Bernas.
Menurut Anwar, pada bulan ini syarikat itu akan memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah padi miskin serta RM50 juta untuk tahun hadapan.
Mengulas perkara tersebut, Fuad berkata pihaknya mengambut baik usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment